Why oh why...??
Friday, June 04, 2010 Posted In Tragedi..sob sob Edit This 2 Comments »Finance Ministry officer on commando-training programme dies in hospital
Ketika kau mengusap jari jemari Hylda
Dengan titisan berkilauan di bibir mata
Kian melimpah …. membasahi pipi
Ketika kau mengimbas kembali janji-janji kebahagiaan bersama
Gigih menghiasi harapan yang mendatang
Ingin berbakti kepada manusia dan kemanusiaan
Namun …. Shima dijemput Illahi
SAUDARA KU
Janganlah kau berpatah arah …
Kerana ratapan mu itu
Menusuk kalbu yang terjerat dalam kehampaan
Tetap merobek-robek hati yang punah ini
Sedarlah saudara ku, dunia juga turut merintih …..
Mendung, menggelap, mencurah tangisannya …. membasahi kaki bumi
Petanda Rahmat Illahi, bagi mereka yang bersabar dan bertabah hati
SAUDARA KU
Pemergian Shima …. tiada seorang pun yang menduga
Walaupun Shima hadir dalam secebis masa …. sekelip mata
Namun sentuhan jiwanya tetap dirasai
Menggamitkan kasih sayang dan memuliakan harga budi
Saudara janganlah kau pula memendam rasa …
Cucurilah air mata mu itu …. wahai saudara
Laungkanlah kerinduan mu itu ….. agar kau makin tenang menerima hakikat
Kerana memang begitu sifat insan yang berduka lara
Saudara , Allah tetap mengasihi mu …. tetap melengkapi diri mu ini
SAUDARA KU YANG SEJATI
Janganlah ratapan mu itu … memaksakan kau memencilkan diri
Membelakangkan kami yang dahagakan kehadiran mu
Kerana Shima mu …. adalah Shima kami
Kerana kehilangan mu ….. adalah kehilangan kami
Tetap dalam kerinduan ….. dalam kesepian
Aturlah hidup mu lagi saudara ku
Kerana kau sudah dianugerahkan dengan budi pekerti
Cekal mengharungi cabaran yang menanti
SAUDARA KU YANG KU SANJUNGI
Pemergian Shima … adalah takdir Illahi
Bukan kami tidak berdoa …… memohon pemulihan
Namun kasih Allah kepada Shima melebihi kami …. menggunung tinggi
Tetap membekalkan rahmat untuk kau menerokai bumi ini
Saudara ku, Shima tetap selamat … pulih di sisi Allah
Setia menceritakan tentang kekasihnya ... cahaya matanya
Allah telah pun mengizinkan zuriat mu sebagai ganti diri … penghibur hati
Maka senyuman Hylda bercerminkan senyuman Shima
SDR ZUL YANG KU KASIHI
Sedarlah, roh Shima tetap berlegar …. memantau kehidupan
Enggan melepaskan keluarganya tersayang
Menemani mu dalam mimpi dan
Menawarkan lintasan wajahnya pada kesiangan hari
Tetap bahagia kerana, kau menyempurnakan hidupnya
Salam dari kami yang mengasihi mu dan sentiasa berdoa atas kejahteraan mu
By Nasir (pokngah) 1hb Jun 2010 Kota Damansara





